Home / Ulama / Nasehat Khusus Buat Pencinta Ilmu

Nasehat Khusus Buat Pencinta Ilmu

Nasehat khusus buat oecinta ilmu
Nasehat khusus buat pecinta ilmu

[Nasihat Khusus Buat Pencinta Ilmu]

” Jemaah yang hadir kuliah atau Majlis Ilmu itu terbahagi kepada dua bahagian.

1.Bahagian pertama dimaafkan . 
2.Tapi pada bahagian kedua tidak dimaafkan

Orang yang dimaafkan ini ialah , dia cuma hadir majlis ilmu sahaja, nak mendengar kalam guru dan nak barakah Majlis ilmu, dan tidak ada niat untuk menjadi seorang Da’i, pendakwah ataupun ustaz.

Manakala bahagian yang tidak boleh dimaafkan ini adalah kerana memang niatnya ingin menjadi seorang Alim atau Alimah. Maka apa apa sahaja yang dia dengar, wajib dia hafal dan wajib baginya untuk faham. Sebab nanti dalam masa yang terdekat ini dia akan jadi seorang ustaz atau ustazah.

Walaupun dia pernah dengar beberapa hadith daripada kalam gurunya tetapi ada sebahagiannya tak ingat, ataupun tidak hafal, Maka wajib atas dirinya hafal. Jika tidak faham, wajib fahamkan, sebelum dia duduk diatas kerusi penceramah dan menyampaikan apa yang dia belajar.

Maka golongan seperti ini wajib hafal apa yang dia dengar dan wajib faham apa yang dia belajar. Kerana ramai orang awam di luar sana menunggu ilmu daripada asatizah,ustazah, alim, ulama. Lihat bagaimana pembelajaran dan kesungguhan ulama terdahulu mencari ilmu demi menyelesaikan masalah ummah. Imam Al Ghazali menuntut llmu berkenaan Adab sahaja selama 9 tahun, belum termasuk ilmu yang lain.

Sebab itulah sangat Barakah bila membaca ilmu melalui kitab. Bagi mereka yang sedang usaha untuk mencapai darjat ulama, janganlah kamu sibuk dengan perkara perkara yang tidak ada barakah di dalamnya. Nak ambil ilmu, ambillah daripada mulut guru dan daripada kitab karangan ulama yang mashaAllah hebat.

Jika tak faham, terus tanya. Barulah dapat hakikat ilmu itu, barakah dan rahsianya. Handphone, recorder dan alat alat yang seangkatan dengannya boleh gunanya nanti ,kalau sudah ada Asas yang kuat, barulah boleh guna macam macam alat untuk manfaat ilmu kamu.

Nak tadah ilmu, carilah di jalan yang sebenarnya sepertimana guru kamu mengambil ilmunya, sepertimana guru gurunya sehinggalah kepada para salafus solehin رضي اللَّه عنهم وأرضاهم.

Hafal lah apa yang kamu baca dan hafal lah apa yang kamu dengar setelah kamu faham akan maknanya terlebih dahulu. Inilah kualiti ilmu yang sebenar. Mudah mudahan inshaAllah”

Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه اللَّه تعالى

Source : Pondok Habib

Check Also

Kado Indah di Bulan Mulia

Apa hadiah yang paling indah untuk Rasulullah ﷺ yang bisa kita berikan dibulan Rabi ul-Awwal? …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *